Fikiran Tidak Tenteram..

Tika ini..

Perasaan hatiku tidak tenteram

Gelisah..  gundah gulana

Mengingati ibuku yang jauh di mata

Serba tidak kena mengenangkannya

Yang kini terlantar di katil besi

Milik Hospital Alor Setar

Mak dah masuk wad kecemasan..

Doktor kata mak sakit jantung dan buah pinggang

SMS yang aku terima dari adikku

Menyentap tangkai jangtung hatiku

Terasa payah untukku melangkah

Sebak di dada tersangat terasa

Terlalu bimbang akan ketidakupayaannya meneruskan hidup

Adik kata darah mak naik tinggi

Kencing manis pun tinggi

Kenapa jadi begitu..

Mak dah tak makan nasi dah dua minggu

Mak kata mak tak ada selera nak makan

Minggu lepas aku balik kampung

Menghadiri kenduri kahwin abangku

Malam tu.. mak kena tambah air dua botol

Segar sikit badan mak

Tapi mak tak ada selera nak makan juga

Aku bertambah simpati

Melihat wajah mak yang pucat lesi

Perasaan gusar makin bermain di hati

Apakah mak akan pergi seperti abah

Aku tak nak pikir begitu

Tapi hati ini seperti terlalu payah menerima hakikat itu

Aku harap mak akan sembuh

Aku tak mahu susah hati

Memikirkan apa yang terjadi

Aku nak mak tabah dan kuat

Di kejauhan ini..

Aku hanya mampu berdoa

Moga mak tak apa-apa

Ya Allah.. bantulah mak supaya terus kuat

Bantulah mak agar cepat sembuh

Aku Mohon pada-Mu ya Allah

Izinkan mak terus dapat menikmati kehidupan ini

***Bersambung..

Dah habis baca? baca yang ini pula:

  1. Mak dah segar..
  2. Dilema hati ini..
  3. Kenapa Tidak Minta Yang Terbaik?
  4. Mak masih di sana..
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

Leave a Reply

CommentLuv badge