Mak dah segar..

Sambungan : Fikiran Tidak Tenteram…

Mak dah segar sedikit

Tapi masih lali dan lesu

Alhamdulillah.. itu khabar baik yang aku tunggu

Adik kata mak kena tambah air lima botol semalam

Banyaknya air kena tambah

Tapi adik kata mak banyak minum air batu

Ini yang aku tak puas hati

Kenapa mak tak nak pantang

Mak kan sakit

Kenapa mak degil sangat tak nak jaga makan minum

Aku mula susah hati

Aku pesan pada adik

Kasi mak minum air suam

Nak tak nak kena minum juga

Kalaulah aku boleh jaga mak  saat ini…

Aku tak puas hati

Adik tegar juga mahu kasi air batu

Mungkin mak terlalu haus

Sebab itu nak sangat minum air batu

Di rumah, mesti ada air batu dalam peti

Mak suka sangat minum air batu

Adik kata adik sakit perut

Kenapa pulak adik yang sakit perut

Adik makan apapun pagi ini

Rasa nak termuntah saja

Iskkhh.. kenapa  pulak macam tu..

Mungkin perut adik dah masuk angin

Mungkin adik jaga mak semalaman tak makan

Sebab itu perut adik sakit

Adik salah makan.. Mungkinkah?

Mak.. Adik..

Makan minum kena jaga

Jangan main suka makan itu ini

Kakak tak dapat jaga mak tika ini..

Adik.. Awaslah.. jaga kesihatanmu itu

Kakak bimbang adik pula yang sakit teruk

Nanti siapa pula nak jaga mak.. nak jaga adik pula..

Abang.. adik yang lain.. sibuk dengan urusan lain

Abang baru balik dari Terengganu

Menghantar isterinya yang bekerja di Terengganu

Abang letih sangat nak rehat

Tapi abang pergi juga lihat mak yang sakit

Itulah pengorbanan seorang anak

Mak dah susah jaga abang masa kecik

Ingat itu abang..

Ingatan itu juga pada diriku yang sering lupa..

***Bersambung…

Dah habis baca? baca yang ini pula:

  1. Fikiran Tidak Tenteram..
  2. Dilema hati ini..
  3. Mak masih di sana..
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

2 comments

  1. sabarlah sue,banyakkan berdoa mudah2an ibu mu sembuh dgn segera.. baliklah tngok dia.. dgr nasihat sy ni.. menyesal di kemudian hari tiada gunanya lagi.. sy pernah melaluinya sue,, sy pernah melalui saat2 yg sukar untuk diterima.. tentu sue faham kan.. saat2 beginilah mereka amat memerlukan kita..

  2. Terima kasih kamezaim, sy hargai pesanan awk tu.. sy mmg nak blk

Leave a Reply

CommentLuv badge