Mak masih di sana..
Aku makin risau
Mak masih di hospital
Adik kata bibir mak, hidung mak kena tutup dengan oksigen
Mak dah tak boleh cakap
Badan mak kena tebuk sebelah kanan
Wayer kat badan mak penuh sana sini
Mungkin macam abah dulu
Tapi mungkin abah lagi teruk
Sebab abah kena langgar dengan motor
Abah lumpuh selepas kepalanya dibedah
Mak yang jaga abah selama 3 bulan
Aku jadi ralat bila aku tak ada masa abah pergi
Aku tak nak macam tu
Bila aku tak ada di samping mak masa mak pergi
Tapi aku ingat lagi
Aku sempat masakkan abah sup ikan haruan
Sebelum dia pergi
Abah makan dengan berselera sekali
Tapi badan abah amat kurus
Hanya menampakkan tulangnya yang makin uzur
Aku pikir abah dah hampir sembuh
Aku pulang semula ke rumah aku di Kuala Lumpur
Rupanya sangkaan aku meleset sekali
Abah pergi beberapa hari selepas itu
Aku pulang semula ke kampung
Melihat abah buat kali terakhir
Jantung dan buah pinggang mak doktor sudah periksa
Doktor kata buah pinggang mak masih elok
Aku tak begitu pasti tentang itu
Aku takut buah pinggang mak sakit
Keberangkalian itu mungkin terjadi
Untuk pesakit kencing manis macam mak
Tapi jantung mak ternyata ada masalah
Aku dapat cakap dengan mak sebentar tadi
Sedihnya dengar suara mak
Suara mak bergetar
Macam susah nak mengeluarkan butir suara
Tapi aku masih faham apa yang ingin disampaikan
Aku pesan pada mak
Berzikir banyak-banyak
Ingat Tuhan
Mak kata InsyaAllah
Mak zikir selagi mampu
Air mataku menitis saat itu
Rindunya aku pada mak
Aku banyak bersalah pada mak
Bila dikenang salah aku pada mak
Aku makin pilu
Aku pernah tak nak dengar cakap mak
Pernah mewalan cakap mak
Aku pernah membuatkan mak sedih
Maafkan anakmu ini.. ibuku..
Malam ini aku ingin pulang bersama suami dan anakku
Mungkin aku terus tinggal di sana
Menjaga mak
Aku jadi sedih bila baca cerita Zaril
Dia telah kehilangan emaknya
Zaril telah menceritakan kisahnya di YM
^^sue^^: Saya rasa susahlah la nak balik
ZARIL ZAKARIA: susah?
ZARIL ZAKARIA: awk tahu ke mcm mana susahnya ibu kamu besar dan jaga kamu dulu?
ZARIL ZAKARIA: dia tak pernah kata susah pun kat awk kan?
^^sue^^: bkn cmtu mksud sy.. awk ni.. emo la pulak
ZARIL ZAKARIA: mmg sy emo..
ZARIL ZAKARIA: sy geram bila mak sakit, anak2 tak nak balik tngok..
ZARIL ZAKARIA: betul kata org, untuk seorang ibu membesarkan seorang anak dgn seribu pengorbanan..
ZARIL ZAKARIA: tp untuk anak menjaga ibu, penuh dgn seribu alasan..
^^sue^^: baru minggu lps blk, bkn xnk blk.. ssh nak ckp..
ZARIL ZAKARIA: awk,sy pun mcm awk juga dulu..
ZARIL ZAKARIA: seminggu sebelum dia meninggal, sy balik tngok dia..
^^sue^^: awk lelaki lain, xkawin lg, xde komitmen
ZARIL ZAKARIA: lepas tu sy balik kl balik sbb dia dah sihat dn dibenarkan keluar dari hospital..
ZARIL ZAKARIA: tak sangka seminggu lepas tu dia masuk balik ke hospital..
ZARIL ZAKARIA: dan itulah kali terakhir dia masuk ke hospital..
ZARIL ZAKARIA: masa dia pergi,hanya ayah dan kakak sy sorang je yg ada..
ZARIL ZAKARIA: anak2 dia yang lain semuanya ada di sini..
ZARIL ZAKARIA: awk nak tahu mcm mana rasanya masa tu..
ZARIL ZAKARIA: hanya Allah sajalah yg tahu bila ayah sy kata pada sy, sebelum mak pergi dia sempat berkata..
ZARIL ZAKARIA: alangkah gembiranya hati dia bila sewaktu dia pergi, ada anak2 yg dia kandung di sisinya..
^^sue^^: ![]()
ZARIL ZAKARIA: masa yg telah berlalu,tak blh diulangi lagi sue..
^^sue^^: sy tgh sedih ni
ZARIL ZAKARIA: sue,sebagai seorang sahabat.. sy nasihatkan sue, pulanglah..
ZARIL ZAKARIA: ibu sue memerlukan sue..
ZARIL ZAKARIA: klu dia blh berkorban demi sue,knp sue tak blh berkorban demi dia..
^^sue^^: ok
ZARIL ZAKARIA: sue seorang wanita, dia juga seorang wanita..
ZARIL ZAKARIA: sudah tentu sue faham bukan apa yg dia rasa..
ZARIL ZAKARIA: nanti anak sue dah besar,sue juga akan rasa apa yg dia rasa..
^^sue^^: jap, nak call hubby, nak blk juga, maybe sy lama kt sana
ZARIL ZAKARIA: baliklah sue..
ZARIL ZAKARIA: jgn menyesal dikemudian hari..
^^sue^^: smpi mak btl2 smbh
ZARIL ZAKARIA: bila nasi sudah menjadi bubur,tambah air pun dah tak berguna lagi..
ZARIL ZAKARIA: percayalah kata sy, sy berkata berdasarkan apa yg pernah sy lalui sue..
ZARIL ZAKARIA: hingga kini,sy masih menyesal kerana tak berada di sisi dia..
ZARIL ZAKARIA: sy dah tak blh nak tatap wajah dia lagi..
ZARIL ZAKARIA: sy dah tak blh nak lihat senyuman dia lagi..
ZARIL ZAKARIA: sy dah tak terima sms dari dia lagi..
ZARIL ZAKARIA: jauh sekali untuk mendengar suaranya..
^^sue^^: mse minggu lps.. sy kesian sgt2 kt die.. xde sape nak bw die g hospital.. seme msg2 sibuk ngn knduri abg sy, sy soh hb bw die ngn mak sedara.. g hospital, ikut tu dia xnk g sane.. die xnk nyushkn sape2 dia ckp
ZARIL ZAKARIA: sy betul2 menyesal dgn apa yg terjadi..
ZARIL ZAKARIA: tp dh tak berguna lagi..
^^sue^^: mak awk skt pe?
ZARIL ZAKARIA: mak awk berapa umur?
ZARIL ZAKARIA: sakit pe?
ZARIL ZAKARIA: mak sy selama 27 tahun dia bertarung dgn kencing manis..
^^sue^^: umur 53, mak sy dah lama kna kncing manis, drh tinggi
^^sue^^: samalah macam mak
ZARIL ZAKARIA: sampailah satu tahap tu dia disahkan menghidap buah pinggang plak..
ZARIL ZAKARIA: sue,maaflah apa yg sy nak katakan ni mgkn menyinggung perasaan sy..
ZARIL ZAKARIA: tp percayalah kata sy,ini adalah apa yg doktor cakap sendiri pada sy..
^^sue^^: skrg ni.. lg la sy sedih sbb dia dh xlh ckp, mulut di kna ttp ngn oksigen, x mkn, hanya tmbh air, seme adk brdk ade sane, sy je yg xde
^^sue^^: ok, awk ckp la
^^sue^^: sy dgr
ZARIL ZAKARIA: sebenarnya,seorang yg menghidap penyakit kencing manis tidak mampu bertahan lama..
ZARIL ZAKARIA: setiap pesakit kending manis, akan mengalami penyakit buah pinggang.
ZARIL ZAKARIA: dan penyakit buah pinggang itu adalah satu penyakit yg terakhir di dalam hayatnya..
ZARIL ZAKARIA: bermula dari doktor mengesahkan dia mengalami penyakit buah pinggang,doktor menyatakan bahawa masa nya sudah hampir..
ZARIL ZAKARIA: setiap ubat untuk kencing manis, akan membawa kesan kepada buah pinggang..
ZARIL ZAKARIA: memang pesakit kencing manis tidak akan dpt lari dari hakikat itu..
ZARIL ZAKARIA: arwah mak sy,sminggu sebelum dia pergi,dia kata pd sy..
ZARIL ZAKARIA: telinga sebelah kiri dia dah tak dgr..
ZARIL ZAKARIA: dia juga ada berkata,dia ada ternampak seseorang yg tak dikenali dtg kepadanya..
^^sue^^: sape
ZARIL ZAKARIA: hanya dia yg nampak,tp org lain tak nampak..
ZARIL ZAKARIA: 2 perkara tersebut sudah tertulis di dalam al-quran..
ZARIL ZAKARIA: tanda2 akhir hayat seorang bernama mansuai..
ZARIL ZAKARIA: tp kami semua tak terfikir tanda2 tersebut..
ZARIL ZAKARIA: hinggalah kami kehilangannya..
^^sue^^: a’a
ZARIL ZAKARIA: setiap hari,arwah mak sy kena cucuk di pusat untuk bawa masuk air untuk cuci buah pinggang dia..
^^sue^^: sy pernah baca psl tu
ZARIL ZAKARIA: masa tu,sy tak sanggup nak lihat penderitaan yg dia alami..
ZARIL ZAKARIA: bila air penuh dalam perut,terlalu sukar untuk bernafas..
ZARIL ZAKARIA: lidah terkeluar..
ZARIL ZAKARIA: tp apa blh buat, hanya mampu bertahan..
ZARIL ZAKARIA: Saat2 akhir hayat dia,darah dia tutun mendadak..
ZARIL ZAKARIA: sue,baliklah..
ZARIL ZAKARIA: dgrlah ckp sy..
ZARIL ZAKARIA: sy tak nak awk menyesal dgn apa yg terjadi
ZARIL ZAKARIA: mgkn awk tak kan merasa kerana awak seorang wanita..
^^sue^^: ok, sy nak blk la
ZARIL ZAKARIA: sy seorang lelaki, sy sendiri yg menyiram air dari hujung muka hingga lah ke hujung kaki.. satu jasad yg tidak bernyawa
ZARIL ZAKARIA: sy jugalah yg mengusung keranda yg didalamnya ada seorang ibu yg melahirkan sy selama ini..
ZARIL ZAKARIA: dn sy jugalah yg membawa arwah mak sy turun ke dalam liang..
^^sue^^: sy pernah rse sdh cmtu.. mse ayah sy pergi
ZARIL ZAKARIA: sy jugalah yg meleraikan tali pengikat kain kafannya..
ZARIL ZAKARIA: dan sy jugalah yg meletakkan gumpalan tanah di belakangnya..
ZARIL ZAKARIA: dn sy jugalah yg membawa turun tanah ke dlm liangnya..
ZARIL ZAKARIA: masa tu sue,hanya airmata yg mampu menjadi saksi segalanya..
ZARIL ZAKARIA: tp apakan daya,yg pergi tk mungkin kan kembali lagi..
ZARIL ZAKARIA: sbb tu,sy nak awk balik..
ZARIL ZAKARIA: dia memerlukan awk..
ZARIL ZAKARIA: mgkn dgn cara tu,mampu menguatkan semangat dia
ZARIL ZAKARIA: InsyaAllah,dia kan sembuh..
^^sue^^: ye.. sy nak blk la.. terima kasih awk
^^sue^^: awk msh ade ayah sy.. sy tgl mak jek.. tp mak sy lak dah cmtu..
ZARIL ZAKARIA: kasih ibu dan kasih ayah,lain sue..
ZARIL ZAKARIA: kasih ibu membawa ke syurga..
**Terima kasih zaril kerna mengingatkan saya.. menguatkan saya nak balik jumpa mak
**Komen yang diterima dari YM, Thx all
DaSz: insyaAllah..may Allah gave all the blessing to ur mom..
DaSz: setiap kejadian ade hikmahnya sue..
DaSz: setiap yg diberi pasti akan diambil kembali oleh tuhan..
DaSz: keredhaan & kesabaran kita teras kekuatan dan kepercayaan kite terhadapNya
DaSz: Berdoa je, kerana tuhan maha mendengar lagi maha mengasihani
———————————————————————————————————–
Ahlanwasahlan Wamarhaban: semuga tabahkan hati menempuh ujian Allah dan apa yg penting sebolihnya beradalah disisi ibu itu yg sedang sakit semuga ia bersemangat melawan penyakitnya dan jadilah seorang anak yg baik dan berkhidmat kpdnya disaat2 memerlukan anak2 disisinya
Ahlanwasahlan Wamarhaban: korbankanlah masa dan berundinglah dgn suami itu waktu yg getir itu krn ana jg telah berkorban demi ayh yg sakit dulu setelah ana tinggalkan semua aktiviti kerja diKL dan berhijrah kekampung semata2 menyahut seruan Allah menjaga ayah yg sdg memerlukan perhatian seorg anak disisinya
Ahlanwasahlan Wamarhaban: ana ada 10org adik beradik dan 6antaranya adalah lelaki termasuk ana tapi sorang pun tak sanggup menjaga dan berkorban tinggalkan rumah mrk utk bersama2 dirumah ayah menjaganya mka ana lah yg menjaga bersama isteri yg setia sehingga ayah meninggal tahun 2007 yg lalu
Ahlanwasahlan Wamarhaban: jadi nasihat ana pada sue maka kasihani dan selamilah hati seorang ayh atau ibu lebih2 lagi mrk sedang sakit begitu insya’allah Allah akan membalas dgn sebaik2 balasan nanti
Ahlanwasahlan Wamarhaban: seorang ibu ayah bolih membesarkan dgn penuh tabah 10org anak tapi malangnya 10org anak sukan amat utk menjaga sorg ibu atau ayah sue inilah yg kita kesalkan semuga sue tidak begitu
Ahlanwasahlan Wamarhaban: sempena tahun hijrah ini sue semuga kita semakin insaf dan sedar bahwa kita ini adalah hamba Allah dan perbaikilah amalan kita lebih baik dari masa2 yg lalu kan sue dan ana jga begitu semuga sue antara ana yg solehah insya’allah
Dah habis baca? baca yang ini pula:
| Copy and Paste the code below | |
| Email and IM | |
| Websites | |
| Forums | |


uit,hahahaaha semoga ibumu cepat sembuh..
InsyaAllah, terima kasih
terharu nye
salam sue..
doakan ibumu segera sembuh..sentiasa berdoa..doa adalah kekuatan kita umat Islam..ziarahi ibumu sekerap yg mungkin…
InyaAllah Idalara
salam itu lah dia perjalanan kehidupan yang setitik dalam alam ini….. sesungguhnya ia terpulang pada diri kita sendiri… bagaimana untuk menghadapi semuanya itu…. came on lah…. kehidupan kita yang masih hidup ini perlu diteruskan…. jadikanlah ia sebagai cerita kehidupan…. oleh itu kita kena sentiasa bersabar dalam apa juar yang berlaku….. kalau kita ikut cakap orang abislah kita… kita diberi akan untuk berfikir……. gunakan ia tanpa ada gangguan emosi, rasa marah, rasa geram itu semua akan berbalik pada kita suatu hari nanti…. renung-renunglah… fikir-fikirlah….. hindarkan rasa marah dalam diri itu…
mak dah hampir sembuh, 2-3 hari lagi dah boleh keluar. terima kash atas komen tersebut, kadang-2 pendpat org kita kita kena terima. InsyAlah saya ikut nasihat itu