Dilema hati ini..

Sambungan : Mak masih di sana

Aku dah kembali

Ke teratak rumahku

Mak masih di sana

Ditemani adik-adik yang masih setia

Bukan aku tidak sudi jaga mak

Bukan aku tidak setia menemani mak

Aku dalam dilema

Antara suami, ibuku, dan anak yang masih kecil

Inilah dilema seorang anak kepada ibu

Dilema seorang Ibu kepada anak

Dilema seorang isteri kepada suami

Siapa perlu aku temani?

Mereka semua perlukan aku

Dilema hati ini

Tersangat payah untuk aku lalui

Aku dah sediakan semua kelengkapan nak lama di sana

Tetapi ada tanggungjawab lain yang menunggu

Kalau aku lama di sanapun aku tak dapat juga jaga mak

Suamiku akan menjalankan tanggungungjawap

Mencari nafkah untuk aku dan anakku

Anakku yang berumur 6 bulan itu tidak dibenarkan masud wad

Bimbang dijangkiti virus

Pesakit demam selsema tidak dibenarkan masuk

Bimbang dijangkiti virus h1n1

Anakku juga begitu

Aku pun demam selsema

Kasihan mak tak dapat lihat cucunya

Mak macam sedih tak dapat lihat cucunya

Aku terpaksa tinggalkan anakku kepada adikku

Apabila aku nak jumpa mak

Aku tak peduli apa yang tertulis

Amaran keras di kertas putih itu

Ditampal diluar pintu masuk wad

Mereka yang lengkap berbaju putih itu

Tidak perasan aku mengalami selesema

Biarlah.. asalkan aku boleh lihat mak

Aku lihat mak masih lagi pucat dan lesu

Kasihan mak

Begitu berat ujian yang mak harus pikul

Badan mak, tangan mak, aku lihat masih bengkak

Aku sentuh tangan mak

Lembutnya tangan itu

Tapi tangan dan kaki mak dah mampu diangkat sendiri

Berbanding dari hari sebelum itu

Keadaan mak menginsafkan aku

Susah nak kerjakan solat

Susah nak tutup aurat

Aku bertekad untuk jaga makan minum aku

Aku tak nak menyusahkan sesiapa

Aku tak nak ditimpa sakit seperti mak

Aku tak nak orang lain susah payah menjaga aku

Harapan semua mak makin sihat

Aku pun harap begitu

Sepanjang jalan ketika dalam perjananan ke rumahku

Aku teringatkan mak

Hatiku tak begitu tenteram

Terkilan juga rasa hati tak dapat lihat mak lebih lama

Sepanjang jalan aku terpaksa bertahan

Hidungku tersumbat

Sakitnya apabila terpaksa menahannya

Sukarnya untukku bernafas

Air di hidung itu sesekali mengalir keluar

Anakku diribaanku

Sukarnya mengawal situasi itu

Selama berjam-jam lamanya

Dengan jalan sesak dan banyaknya kenderaan

Terpaksa aku bertahan

Alhamdulillah, tiba juga aku di rumah

Tapi tak dapat tidur dengan begitu lena juga

Bersambung…

Dah habis baca? baca yang ini pula:

  1. Mak dah segar..
  2. Menggapai Ketenangan Hati
  3. Fikiran Tidak Tenteram..
  4. Mak masih di sana..
  5. Hati mesti cekal..
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

Leave a Reply

CommentLuv badge