"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.
Sebenarnya saya teruja apabila membaca entry “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dari blog Denaihati terlintas di hati nak join contest ini. Entry demi entry dari blog lain saya baca. Last entry “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” yang menarik perhatian saya ialah dari Inspirasi Dari Kisah Benar apabila membacanya di twitter.
Oleh itu, sehinggakan hari ini hari terakhir tahun 2009 melabuhkan tirainya saya curi juga masa yang terluang untuk join contest ini. Bukan terlalu teruja nak menang dalam pertandingan ini tetapi ada kisah yang saya rasa ingin kongsikan di sini tetapi kalau menang Alhamdulillah, saya rasa bertuah. Saya rasa saya begitu kerdil di sini. Harapan untuk menang itu tipis sekali.
Saya tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“ dari denaihati dan apabila membaca entry lain dari Lizarazak saya terpanggil untuk menyertai juga contest ini. Sebenarnya saya pun tak begitu pasti daripada mana saya temui contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” tetapi yang pasti saya tahu denaihati dari MamaEmma
Saya pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad dari tahun 2002 hingga 2006 sebagai kerani. Sukarnya nak dapat kerja di situ. Pada mulanya saya hanya pekerja contract selama 3 tahun. Pada tahun 2005 saya dah permanent. Sudah permanent mulalah nak pikir buat hutang. Saya buat hutang sehingga slip gaji saya limit nak terima hutang lagi dan hutang itu pula bertahun pula nak membayarnya. Dengan gaji yang sedikit itu saya rasa tak mampu nak teruskan hidup. Terasa susahnya bekerja semata-mata untuk bayar hutang. Dapat gaji bayar hutang. Kepada anda yang terbaca entry ini, jangan jadi seperti saya. Jangan lupa diri. Gaji yang ada itu sebaikknya diuruskan dengan sebijak mungkin.
Mulalah saya terfikir nak cari duit lebih lagi. “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” itu pernah menjadi perinsip hidup. Bekerja sebagai kerani dengan gaji yang sedikit itu tidak akan memberi hidup lebih bermakna. Suami saya merupakan seorang yang terlibat dalam perniagaan berkaitan air. Saya pula pembantunya dalam urusan membuat quotation, filing dan sebagainya. Masa untuk saya terasa begitu sedikit. Siang bekerja di Office TNB. Malam bekerja menguruskan hal ehwal perniagaan dan sebagai seorang isteri perlulah menjalankan tangungjawapnya menguruskan rumah. Saya berasa begitu tertekan sekali.
Prinsip “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” saya pilih. Saya berhenti kerja. Semua orang terdekat terlalu marahkan saya. Balik kampung saja kena bebel. Kenapa pilih jalan yang begitu BODOH. Kerana saya “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”. Saya tahu risikonya amat tinggi. Mungkin saya gagal menyakinkan mereka yang marah kerana saya berhenti kerja di TNB tetapi saya berpegang kepada prinsip ” HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” Saya motivativasikan diri untuk bangkit dari kegagalan iaitu kegagalan menggunakan gaji yang ada untuk hanya keperluan hidup. Slip gaji yang ada ketika itu saya gunakan untuk membuat hutang. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi kerana semua itu sudah berlalu. Kehidupan yang ada ini perlu diteruskan dengan semangat yang tinggi untuk berjaya.
“Dah ada kerja yang baik, kenapa begitu bodoh untuk berhenti kerja”. Itulah sindiran yang kerap kali saya terima. Saya gagal untuk terus bekerja di situ dan mendapat faedah-faedah bekerja di situ tetapi saya percaya dan yakin dengan berkat usaha gigih saya dan suami, kami mampu untuk mantapkan perniagaan ini dan hutang-hutang itu dapat dijelaskan.
Sehingga kini, perniagaan berkaitan air bersama suami saya dapat bertahan sehingga sekarang. Berbekalkan pengalaman saya bekerja di TNB. Saya akan buktikan bahawa “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, saya berjaya”. Klik sini untuk mendapat kesihatan lebih baik. Belilah produk berkaitan air dari saya. Penapis air yang murah lagi berkualiti saya ada jual.!! Hehe..
sempat lagi promote.
Semua orang nak berjaya dalam hidup. Siapa yang tak nak berjaya? Namun HIDUP BERANI UNTUK GAGAL boleh menjadi satu prinsip hidup untuk berjaya. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Saya percaya semua orang di luar sana pernah mengalami kegagalan. Tak kiralah samaada kegagalan dalam perniagaan, kegagalan dalam mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan juga kegagalan dalam perkahwinan. Mungkin gagal nak kahwin lagi ke? hehe
. Gagal bercinta? bercintalah lagi.. hehe
. Gagal nak dapat jodoh pun ada. Kepada mereka yang belum bertemu jodoh lagi, moga-moga cepat² dapat jodoh yang baik. Namun tidak semestinya setiap kegagalan itu akan berterusan.
Mungkin di antara anda yang berjaya dengan cemerlang sekali. Oleh itu, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL boleh membentuk semangat yang hilang. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL adalah ” minda separa sedar” anda. Motivasi diri untuk berjaya. Jangan berfikir aku hidup ini mesti gagal, selamanya akan gagal. Namun berfikirlah secara HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk membentuk minda yang positif. Aku nak berjaya. Aku akan berjaya. Maka usahalah sampai berjaya. Bukan senang nak senang. Mesti sentiasa sabar dalam melakukan sesuatu. Jangan putus asa bila dah gagal. Bangkitlah daripada kegagalan itu. Sentiasalah mendekatkan diri kepada Allah. Itulah jalan yang paling baik untuk berjaya. Tinggalkan segala kejahatan yang pernah dilakukan. Kembalikah ke pangkal jalan. Anggaplah setiap kegagalan itu merupakan ujian hidup untuk berjaya. Setiap ujian yang melanda, ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, jangan sesekali menyalahkan takdir. Sentiasa redha pada ketentuan Ilahi. Kegagalan itu hanyalah lumrah kehidupan. Anggaplah kegagalan itu hanyalah asam garam dalam mematangkan hidup kita. Tanpa kegagalan, mungkin kita tidak temui kejayaan. Daripada kegagalanlah, kita dapat belajar untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Oleh itu HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Senarai Peserta Contest Hidup Berani Untuk Gagal
Posted by denaihati in contest on 01 12th, 2010 | 29 responses
Berikut adalah senarai peserta yang ikut serta contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Sehingga 12/01/10 seramai 133 blog telah ikut serta contest ini.
Zai KuLiM, Zie Fauzi, Tinta Comel Lote, Precious, MamaCun, Siti Sifir’s SuperNova, Cinta Itu Ini, Permata Hati Umi, Zul’s Blog, Ratu Salju, JOsh Lim, Anarm, Yang Baik, Propito, MyAdha, LizaRazak, SepatDotNet, AndyHowtt, nTah apa-apa jak ka, Melayu Boleh Zone, Ini Blog Neyra, Azizwan, Beliamuda, Duit Mari, Taufidris, Syakila, Blog Juniza, InaSepi, Syed Akmal, Arieyblog, Blog Ariff, Aku dan Kamu, Teratak Maya, Cuzshar dot com, Blog MohdIsa, Dilot, ZonArtis, MySuperKids, Aenaz.com, Topotato, X-PO, Blog Wazy, AhmadRushdi dot com, MohdHafizul dot com, Cakapbebanyak, aku BLOG download, Loqnerd.com, Tengku Aizat, JoeGrimJoy, Yuitsumuni, Blossom Blossom, ItsFreeLol, MyOnlineContest, Pepelungu, littlemamadiary, Lotikus di sarimankan, NurIstimewa, MombloggersPlanet, Earncent, Oh! Blur, Wawwi.com, Merry Go Round, Duniaku Sendiri, Everything 4 you, Kulanzsalleh dot com, Erk Emo, Sederhana Itu Indah, Fuckdehblog, Saya Baek, Adiaz’s World, Hanya Aku dan Dia, Music Innovasion, Oh Hai, TheWayIThink, ref="http://mohdfaiz.co.cc/hidup-berani-untuk-gagal" target="_blank">MohdFaiz, AdilArshad, InaHasan, Blog Guleng-Guleng, Live.Laugh.Love, Untitled, Conteng-conteng, Masih di sini, Hans, artmywork, Segalanya Ku Terima, A Temporary Housewife, Life was A Bitter Sweet, IzanCute, Roslan Nazri, expect the unexpected, Hidup Berani Untuk Gagal, Inertz.com, Insan Tinggi, My Music My Computer My Life, Bunga-bunga Kehidupan, Ana, Showertherainbow, Seorang Mama, MyStore, Bicara Santai, MyLife, Yanmieonline, Archmay Life, Wingzero, Luthtextile, Dear Diary, EdyFinites, Ellyn Blog, AhamadFaiqNaufal, Layan4u, Ridza Cuma, Azfarul.com, Mohd Hanafi, A’An’s Blog, RestnRileks, Sarahata, BD Fabregas, FakhriRamley, AhmadSabri, Lisa dan Khusairi, Kewangan Peribadi, LadyNass, from Trong with Love, Eriyza, SMK Puchong Utama, Sueellablog, Hydir, Emencer, Nathirah, Melayu Boleh, Aku Wanita Biasa, Chanteq Corner, Nurcahaya Atikah,
Dah habis baca? baca yang ini pula:
| Copy and Paste the code below | |
| Email and IM | |
| Websites | |
| Forums | |


join la contest ini selagi masih sempat!!
saya memohom jutaan maaf kerana tidak menyenaraikan entri ini kerana akibat kelemahan saya mungkin saya terlepas pandang. Walaubagaimana saya sudah tambahkan dalam blogroll bersama peserta lain. sekali lagi saya mohon maaf.
yeke.. xpelah.. sapelah saya ni.. kan.. huhu, gurau jek.. Terima kasih kalau dah ada dalam senarai