Jangan Bersedih: Keindahan Sifat Sabar

Keindahan Sifat Sabar

Bersabar merupakan ciri orang-orang yang menghadapi pelbagai kesusahan dengan lapang dada, kemahuan yang keras serta ketabahan yang besar. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, maka apa yang boleh kita lakukan.

Adakah anda memiliki penyelesaian lain selain bersabar? Dan adakab anda mengetahui senjata lain yang dapat kita gunakan selain kesabaran?

Konon, seorang pembesar negeri ini memiliki ‘ladang gembalaan’ dan ‘lapangan’ yang selalu ditimpa musibah; setiap kali selesai dari satu kesusahan, kesusahan yang lain pula datang mengunjunginya. Meski demikian, ternyata ia tetap berlindung di sebalik perisai kesabaran dan mengunakan benteng keyakinan kepada Allah.

Demikian itulah orang-orang mulia dan terhormat bertarung melawan setiap kesusahan dan menjatuhkan semua bencana itu terkapar di atas tanah.

Malahan ketika menziarahi Abu Bakar yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkata kepadanya, “Bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?” “Seorang tabib telah memeriksaku!,” jawab Abu Bakar. Para sahabat pun bertanya, “Lalu apa yang ia katakan?”

la berkata, “Sesungguhnya aku boleh melakukan apa saja yang aku mahu.”

Bersabarlah kerana Allah. Dan sebaiknya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan. Seberapa pun besar permasalahan yang anda hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan.

Dah habis baca? baca yang ini pula:

  1. Jangan Bersedih: Percayalah Kemuliaan Tetap Ada Pada Mereka Yang Susah
  2. JAngan Terlalu Susah Hati….
  3. Menggapai Ketenangan Hati
  4. MUTIARA IMAN: JANGAN TAMAK & PANJANG ANGAN-ANGAN
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

2 comments

  1. fadzlina

    indahnya sabar..=)

  2. memang indah.. besar ganjarannya..

Leave a Reply

CommentLuv badge