Selamat datang ke blog sueella.net

Salam kepada pengunjung blog ini. Blog sueellablog akan ditutup dan  telah dipindahkan ke domain sueella dot net.

Dah lama betul tak ada entry baru blog itu disebabkan kesibukan Sueella dengan bermacam-macam hal. Edit web qualitywater, sibuk dgn hal biznes dan sebagainya. Namun semuanya masih lagi belum selesai. Macam-macam perancangan yang Sueella ingin lakukan demi memantapkan perniagaan Sueella dan belajar pelbagai kaedah teknik permasaran secara online.

Untuk menjayakan pemasaran secara online bukan semudah disangkakan. Perlu terokai teknik pemasaran yang betul. Jika salah teknik, buang masa dan buang duit sahaja. Jika perlu bantuan teknikal dari seseorang, jangan malu, jangan segan bertanya. Perlu korbankan masa yang ada demi mencapai apa yang diimpikan tetapi perlu smart dan kreatif dalam melakukan setiap tindakan. Elakkan diri dari memcipta pelbagai alasan dan mengikut kemahuan emosi nafsu yang selalu berharajalela di hati. Jika perlukan perkhidmatan dari seseorang profesional dalam Internet Marketing, dapatkan bantuan mereka ini supaya dapat mengelakkan kesalahan sepatutnya tidak dilakukan. Tidak apa jika perlu keluarkan sedikit duit untuk tujuan itu. Yang pentingnya.. pelaburan itu berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan tetapi pastikan dia seorang yang profesional. Sueella banyak belajar dari Jaws . Dia banyak membantu Sueella secara profesional. Terima kasih yang tidak terhingga Sueella ucapkan kepadanya. Semoga pertolongannya mendapat pembalasan yang baik dan diberkati.


Sueella ada juga merancang untuk membuat contest tertentu tetapi masih lagi dalam perancangan yang teliti. Modal untuk hadiah perlu ada. Siapa yang berminat untuk menjadi sponser, sangat-sangat dialukan. Boleh menghubungi Sueella melalui form Contact yang disediakan. Boleh juga dapatkan maklumat tentang contest apa yang lakukan. Anda boleh mencadangkan contest apa? dan apa yang perlu ada dalam contest tersebut. Segala komen anda amatlah dihargai. Sueella telah menyertai 3 contest tetapi semunya gagal mungkin disebabkan kelemahan Sueella sendiri dan Sueella perlu kaji apa kelemahan itu. Akan datang Sueella buat review khas untuk contest-contest yang Sueella sertai. Diharap anda dapat memberi komen membina nanti.

Apa yang penting Sueella perlu istiqamah dalam melakukan setiap kebaikan dalam meniti kehidupan yang fana ini selagi ada hayat  di kandung badan. Semoga apa yang Sueella perjuangkan sentiasa bermanfaat dan diberkati. Itu sebenarnya yang Sueella inginkan dalam kehidupan yang tidak kekal ini supaya menjadi bekal di alam yang kekal abadi nanti.

Dah habis baca? baca yang ini pula:

  1. Mama’s 100th entry contest
  2. Peraduan Ulasan Sistem Niagakit adalah anjuran Flarebiz Network
  3. Keputusan Entri Popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
  4. Entry terbaik pilihan juri HIDUP BERANI UTUK GAGAL
  5. "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

2 comments

  1. slm ziarah….

    wah, dah ade bisnes makin maju edh!!!!

  2. bise jek, hehe, Alhamdulillah

Leave a Reply

CommentLuv badge