Wanita dimurkai Allah..

Wanita dimurkai Allah..

Duhai wanita..

Dipetik dari Puteri Nuur Afiqah

Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Beba…s menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.
Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung.Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada.
Image of Muslimette - Muslim Women Magazine.
Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Illahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu diseksa,tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung.Oleh itu jadikanlah dirimu,sebahagian daripada mereka yang bertudung,bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti,Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh,Yang sukar sekali untuk diperoleh.
Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak,Agar islam kembali tertegak…

Not right…. :’(

Dah habis baca? baca yang ini pula:

  1. Batasan Aurat Lelaki dan Wanita
  2. Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki
  3. Wanita Yg Dimurkai Oleh Alllah
  4. Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?
  5. Tak Mahu Hipokrit-Alasan Tak Nak Bertudung, Akhirnya Bertambah Dosa
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

3 comments

  1. salam…

    one of cute baby pict above is my niece.
    have u ask for a permission from her parent to publish her pict?
    taking something without permission is like stealing…
    if u done it or maybe u know her parent, then its ok…
    just wondering & saling mengingati…

  2. yg mana 1kah gambar tersebut? saya boleh jek buang gambar tu..

  3. weblog arrived up in my search and i impressed by what you have published on this topic. I’m presently extending my search and therefore cannot lead additional, notwithstanding, I’ve bookmarked your site and can also be returning to keep up with any approaching updates. Merely adore it and thank you for tolerating my remark.

Leave a Reply

CommentLuv badge