5 amalan perosak akidah

Sayyid Quthub ada menulis,

“Penghambaan diri hanya kepada Allah SWT merupakan bahagian pertama dari Rukun Pertama, dalam kepercayaan Islam yang dilambangkan dalam syahadah : La ilaaha ilaha Allah. Menerima cara menghambakan diri ini dari Rasulullah SAW, merupakan bahagiannya yang kedua, dilambangkan dalam syahadah, Muhammad Rasulullah.”

Hati yang beriman dan Islam adalah yang melambangkan kedua bahagian prinsip ini kerana unsur – unsur iman yang lain, dan rukun – rukun Islam yang lain, hanyalah merupakan cabang – cabangnya yang penting. Kepercayaan kepada malaikat, kitab – kitab suci, para rasul, hari akhirat, qadar baik dan buruk, demikian juga solat, zakat, puasa dan haji, lalu hudud (hukuman yang telah ditentukan Allah) dan hukuman – hukuman lain, persoalan halal dan haram dan peraturan – peraturan serta bimbingan – bimbingan keIslaman, semuanya ini berdiri atas dasar penghambaan diri hanya kepada Allah, sedangkan tempat pengambilan kita dalam semua persoalan itu adalah apa yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW dari Tuhannya.

Berikut adalah beberapa amalan yang dapat merosakkan Akidah umat Islam :

Amalan #1 : Bertawakal dan bergantung kepada selain Allah

Amalan sembah patung

Amalan sembah patung

“Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar – benar orang yang beriman”

(Al – Maidah , ayat 23)

Tawakal bukan bermakna anda tidak melakukan kerja dan hanya berharap pada Allah tanpa sebarang usaha. Bahkan Allah SWT menyuruh kita untuk bekerja , tetapi kita dilarang untuk bergantungkan hidup kita pada kerja itu .

Allah SWT menyruh kita bekerja dan berusaha, tetapi Ia juga meyuruh kita beriman bahawa Dialah yang memberi rezeki. Dia menyurh kita berubat, tetapi yakinlah bahawa yang menyembuhkannya hanyalah Allah bukan ubat .

Disini , kita dapat lihat perbezaan antara orang Kafir dan orang Mukmin . Orang Kafir, ia berusaha dengan gigih , mengerahkan segala tenaga , orang Mukmin juga berusaha dan mengerahkan segala tenaga yang ada, tetapi orang Kafir, ia tidak menggantungkan harapan kepada Allah SWT, tetapi ia menggantungkan harapan pada usahanya. Sebaliknya seorang Mukmin di samping usahanya tersebut ia menggantungkan segala harapannya kepada Allah SWT.

Amalan #2 : Berhukum dengan hukum Manusia , bukan Hukum Allah

Hukum manusia

“Bukankah mencipta dan kekuasaan itu kepunyaan-Nya ? Maha Tinggi Allah, Pengurus sekalian Alam”

(Al – A’raf, Ayat 54)

Perbuatan ini bagaikan melawan Allah SWT , kerana Allah SWT yang mempunyai hak menentukan undang – undang bagi kehidupan manusia , halal , haram , peraturan hidup , kehakiman dan segala perintah dan larangan.

Ini dapat dilihat pada sistem Demokrasi dalam pemerintahan yang mana segala peraturan dan undang – undangnya dibuat oleh wakil – wakil rakyat di Parlimen yang sifatnya sebagai perwakilan rakyat dalam satu Negara atas dasar kemahuan dan fikiran mereka semata – mata. Apabila penggubalan undang – undang itu berada di tangan manusia(padahal hak membuat undang – undang adalah hak Allah semata – mata) di sinilah letak kesyirikannya.

Amalan #3 : Bekerja dengan tujuan selain kerana Allah SWT.

Bekerja

“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku  dan ibadahku dan hidupku dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan bagi sekalian alam”

(Al – An’am, Ayat 162)

Berdasarkan ayat tersebut , dapat kita tegaskan bahawa tidak ada peribadatan atau perhambaan yang disembah kecuali Allah SWT. Tiadak ada peribadatan yang dipersembahkan kecuali hanya untuk Allah SWT dan kerana-Nya.

Pengertian ibadah disini tidak hanya terbatas pada masalah – masalah solat, zakat, puasa dan haji tetapi meliputi semua pekerjaan yang dilakukan di atas syariat yang ditujukan dan diperuntukkan kerana Allah SWT adalah termasuk ibadah. Sebaliknya setiap  pekerjaan yang dimaksudkan kerana hendak berbakti pada selain Allah yang memang dimurkai Allah adalah syirik.

Amalan #4 : Memfokuskan segala kekuatan kepada selain Allah

Kuat

Makna Lailahaillallah bererti tidak ada yang dipatuhi melainkan Allah. Taat yang dibenarkan dan dikehendaki oleh Allah SWT adalah taat kepada Rasul-Nya, kerana bila seseorang mentaati Rasulullah, bererti ia mentaati Allah.

“Barangsiapa mentaati Rasul maka (bererti ia) mentaati Allah”

(An – Nisa’, Ayat 79)

Taat pada pemimpin atau pemerintah hanya dibenarkan selagi mereka tetap menjalankan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah. Jika mereka telah keluar dari kerangka al-Quran dan al-Sunnah, maka tidak boleh taat kepada mereka kerana mereka sudah tergolong berbuat maksiat, tidak peduli apakah pemimpin atau pemerintahan itu terdiri dari kaum alim ulama.

Dalam mencurahkan ketaatan hendaklah semata – mata kerana Allah. Tidak boleh kerana kepentingan diri sendiri , dorongan syaitan, kerana sifat kekafiran, kesesatan, bidaah, fasik, ekstrem, lalai atau kerana dorongan keturunan dan propaganda – propaganda Taghut.

Amalan #5 : Melakukan amalan dengan riak

Riak

Banyak jenis syirik yang dapat menggugurkan Syahadatain. Pada umumnya disebut sebagai syirik kecil, seperti mengerjakan solat kerana ingin dipuji, bersedekah kerana sungutan orang, atau agar orang datang kepadanya, berjihad kerana ingin dipuji orang dan dikenang jasanya. Syirik seperti ini jika datangnya dalam bentuk waswas yang datang selintas (tidak merupakan tujuan sebenar) tidak membatalkan Syahadatain dan dapat diubati dengan doa.

Termasuk dalam kategori syirik kecil adalah belajar kerana ingin memimpin manusia, berpidato kerana ingin dikatakan orang sebagai ahli pidato yang baik. Pekerjaan itu dapat meruntuhkan cabang tauhid dan ia dinamakan syirik kecil. Ia termasuk maksiat yang dapat memasukkan pelakunya ke dalam neraka.

Rasulullah SAW bersabda :

“Dari Muslim , Rasulullah SAW bersabda Allah SWT telah berfirman: “Akulah yang paling tidak memerlukan kepada sekutu – sekutu, barangsiapa yang melakukan amalan yang menyekutukan Aku dengan yang lain Aku akan biarkan dia dengan syiriknya”

Tiada artikel berkaitan.

Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Subscribe

Sila isikan nama & email di kotak di bawah

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Our Biznes



Quality Water For Everyone

Free choice for drinking of water type ~ Reverse Osmosis
~ Mineral Water
~ Alkalian Water
~ Distill Water
We specialise in Sales, Service and Repair of all kind of water filtration system

Water Dispenser, Direct Pipe In System, All Part Accessories for water dispenser & water filter, 220ml/500ml/1500ml, RO System, Bio Energy System, Master Filter, AUTOMATIC DRINKING WATER SERIES, Rocket Filter, Undersink Water Filter, Alkalian System, STAINLESS AUTOMATIC SYSTEM & FRP outdoor filter

For any question, please contact us! 0163632891/0132981823

Find us on Facebook

Sponser

NetworkedBlogs

Peminat Setia

Related Posts (YARPP)

No related posts.

UserOnline