Walaupun dah lama dah.. berlalunya hari raya pertama yang disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua umat Islam, tapi.. rasanya masih sempat lagi jika saya nak ucap Salam Aidilfitri juga kepada pengunjung setia blog ini..raya kan sebulan..
Ada yang mengambil kesempatan sempena bulan Syawal yang membuat kenduri menjamu sanak saudara, rakan taulan bagi mengeratkan lagi Silaturrahim sesama mereka.. saya pun juga tak lepaskan peluang ini.. ‘kenyang perut’ , hati senang la.. bila jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, bergurau senda, berkongsi cerita..
Anda tak buat open house ke? kalau dekat2 ngn KL ni.. InsyaAllah, saya boleh pergi la..
Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk memohon maaf sekiranya saya melakukan kesilapan dan ada entri-entri di blog saya ini mengundang ketidakselasaan pembaca.
“Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri” justeru itu, maafkanlah saya.
Salam Aidilfitri dari saya Suhaila dan keluarga untuk pembaca setia blog ini..
Sekian, Wassalam
http://www.facebook.com/Sueella.net
0132981823
Dah habis baca? baca yang ini pula:










Sempat tak lagi kalau nak ucapkan selamat hari raya untuk sueell? Selamat Hari Raya….
Raya baru lepas.. kalau nak ucap lagi pun takpe.. teringat asa sekolah dulu.. ada yg pgl saya sueell