Selamat datang ke blog sueella.net
Salam kepada pengunjung blog ini. Blog sueellablog akan ditutup dan telah dipindahkan ke domain sueella dot net.
Dah lama betul tak ada entry baru blog itu disebabkan kesibukan Sueella dengan bermacam-macam hal. Edit web qualitywater, sibuk dgn hal biznes dan sebagainya. Namun semuanya masih lagi belum selesai. Macam-macam perancangan yang Sueella ingin lakukan demi memantapkan perniagaan Sueella dan belajar pelbagai kaedah teknik permasaran secara online.

Untuk menjayakan pemasaran secara online bukan semudah disangkakan. Perlu terokai teknik pemasaran yang betul. Jika salah teknik, buang masa dan buang duit sahaja. Jika perlu bantuan teknikal dari seseorang, jangan malu, jangan segan bertanya. Perlu korbankan masa yang ada demi mencapai apa yang diimpikan tetapi perlu smart dan kreatif dalam melakukan setiap tindakan. Elakkan diri dari memcipta pelbagai alasan dan mengikut kemahuan emosi nafsu yang selalu berharajalela di hati. Jika perlukan perkhidmatan dari seseorang profesional dalam Internet Marketing, dapatkan bantuan mereka ini supaya dapat mengelakkan kesalahan sepatutnya tidak dilakukan. Tidak apa jika perlu keluarkan sedikit duit untuk tujuan itu. Yang pentingnya.. pelaburan itu berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan tetapi pastikan dia seorang yang profesional. Sueella banyak belajar dari Jaws . Dia banyak membantu Sueella secara profesional. Terima kasih yang tidak terhingga Sueella ucapkan kepadanya. Semoga pertolongannya mendapat pembalasan yang baik dan diberkati.
Read More
Mama’s 100th entry contest
Salam maal hijrah buat pembaca blog ini sekalian. Sudah agak lama Sueella tidak menulis entry terbaru untuk blog ini. Kali ni sueella join contest dari MamaMillie , Sueella tahu contest ini dari MamaEmma memandangkan hadiah yang ditawarkan agak lumayan, maka Sueella ingin mencuba tuah, mana tahu sueella adalah pemenangnya. Siapa sangka? Memandangkan contest ini tidak bertajuk, maka Sueella namakan contest ini soho mama’s 100th entry contest ikut title pada badgenya itu.
Di bawah disertakan terma dan syarat untuk join contest ni. Sueella copy & paste je senang.
The contest! The terms & conditions of entering are:
1) A Malaysian residing in Malaysia (kalau menang photo shoot tapi tinggal kat Australia ke, susah pulak kan he hee)
2) My adik-beradik and ipar-duai tidak dibenarkan menyertai contest ini ![]()
3) Have own blog (remember..the other prize is a blog makeover..?)
4) Follower of A SOHO Mama’s Diary (so click on FOLLOW now!)
5) Fan of AZ Gift Baskets Facebook page (easy – just click on Become A Fan on that page) OR Follower of AZ Gift Baskets on Twitter (lagi senang ni – click je Follow)*either or lah ni, sebab ada yang takde akaun Twitter*
7) One entry per person, please
Done all of the above? Good! Now the following step. How to get those prizes? You just have to:
Read More
Dilema hati ini..
Sambungan : Mak masih di sana
Aku dah kembali
Ke teratak rumahku
Mak masih di sana
Ditemani adik-adik yang masih setia
Bukan aku tidak sudi jaga mak
Bukan aku tidak setia menemani mak
Aku dalam dilema
Antara suami, ibuku, dan anak yang masih kecil
Inilah dilema seorang anak kepada ibu
Dilema seorang Ibu kepada anak
Dilema seorang isteri kepada suami
Siapa perlu aku temani?
Read More
Mak masih di sana..
Aku makin risau
Mak masih di hospital
Adik kata bibir mak, hidung mak kena tutup dengan oksigen
Mak dah tak boleh cakap
Badan mak kena tebuk sebelah kanan
Wayer kat badan mak penuh sana sini
Mungkin macam abah dulu
Tapi mungkin abah lagi teruk
Sebab abah kena langgar dengan motor
Abah lumpuh selepas kepalanya dibedah
Mak yang jaga abah selama 3 bulan
Aku jadi ralat bila aku tak ada masa abah pergi
Aku tak nak macam tu
Bila aku tak ada di samping mak masa mak pergi
Read More
Mak dah segar..
Sambungan : Fikiran Tidak Tenteram…
Mak dah segar sedikit
Tapi masih lali dan lesu
Alhamdulillah.. itu khabar baik yang aku tunggu
Adik kata mak kena tambah air lima botol semalam
Banyaknya air kena tambah
Tapi adik kata mak banyak minum air batu
Ini yang aku tak puas hati
Kenapa mak tak nak pantang
Mak kan sakit
Kenapa mak degil sangat tak nak jaga makan minum
Read More
