Duhai wanita..
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”
(at-Tirmidzi)
Huraian:
1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.
Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang ‘putus’ seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat ‘muhkamat’ atau ‘Qatiyyat’, tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Comment