Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki
Sumber : zaharuddin.net
Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.
Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
Read More
Tudung antara aurat dan fesyen
SEBAGAI orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai ‘fesyen’ dapat dilihat.
Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab: 59)
Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara.
Read More
Siapa Gadis Intelek?
Dikirim oleh ummuabbas dalam Gadisku, Islamika. Tagged: aurat, cinta, gadis Islam, hijab, kasih, selamat, taat. Tinggalkan Komen
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Amat Mengasihani
Risalah Ringkas Hijab Wanita
????? ???? ???? ??????
DEDIKASI
Duhai Puteriku, Ku titipkan bingkisan ini buatmu… Yang bernama gadis, perempuan dan wanita, Atas nama Allah SWT… Yang Menyintai dan Amat Mengasihaniku serta Menyintai dan Amat Mengasihanimu sepanjang hayat… Jika … wahai puteriku, Engkau dambakan sebuah cinta ; yang mampu memenuhi kekosongan jiwamu, yang mampu mengubati rasa rindumu, yang mampu meresapkan ketenangan ke segenap aliran darah dan urat sarafmu, yang mampu mengawal kewarasan akalmu, yang mampu memadam semarak azab neraka, Maka… Engkau HANYA akan menemuinya pada CINTA ALLAH SWTDariku; Nur al-’Ayn
Read More
Batasan Aurat Lelaki dan Wanita
www.iluvislam.com
Oleh : mrcw87*
Editor : naadherah
Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan remaja. Firasatku mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam.
Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.
Read More
