Menjaga Keaiban Diri Dan Pasangan

“Untuk membina kreadibiliti diri, anda  tak perlu menceritakan hal peribadi.. rumah tangga pasangan suami isteri”

Kadang kala saya lihat status-status mereka yang selalu menceritakan hal peribadi pasangan masing-masing. Tak kira samaada perkara itu baik atau tidak. Saya rasa kurang selesa dengan situasi itu sebenarnya.. Pendapat anda bagaimana?

Menceritakan keburukan pasangan masing-masing samalah ‘mengumpat’  menyebarkan keaiban diri pasangan masing-masing. Apa yang saya bimbangkan jika hal yang diceritakan itu, akan memusnahkan intitusi kebahagian rumah tangga yang dibina bertahun tahun-tahun lamanya. Diingatkan bahawa membuka keaiban diri sendiri atau hal pasangan masing-masing adalah larangan keras dari Allah S.W.T. dan mengundang kemurkaan-Nya. Bila timbunya kemurkaan Allah S.W.T maka dikuatiri Allah turunkan bala kepadanya. Tak henti-henti beliau diuji dengan bermacam masalah. Balasan keranaselalu menyusahkan orang lain.

Ketahuilah bahawasanya Allah Azzawajalla, bila menghendaki bagi hambaNya sesuatu kebaikan, terlebih dulu dinampakkan kepadanya keaiban-keaiban diri sendiri. Maka barangsiapa bashirahnya (matahatinya) terbuka, tidak akan terlindunglah segala keaiban dirinya. Jika ia telah mengetahui keaiban diri, mudahlah ia mencari ubatnya. Akan tetapi kebanyakan orang tiada nampak keaiban diri sendiri. Dia boleh nampak debu yang kecil di mata orang lain, tetapi pohon di hadapan mata sendiri tiada dilihatnya.

 

Jadi barangsiapa yang ingin mengenal atau mengetahui keaiban-keaiban diri sendiri, maka di sini disediakan empat cara:

Cara pertama: Hendaklah ia duduk dengan seorang Syaikh (Guru) yang terang matahatinya. Guru itu boleh mengetahui keaiban-keaiban diri, dan dapat menyingkap apa-apa yang bersarang di dalam hati dari berbagai-bagai noda dan penyakit, lalu ia pun menurut petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh guru itu dalam perjuangan menolak bahaya-bahaya itu. Inilah caranya seorang murid dengan gurunya, iaitu guru akan memberitahukan kepadanya segala keaiban-keaiban dirinya dan ditunjukkan pula cara-cara mengubatinya.

Cara kedua: Hendaklah ia mencari seorang teman karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lurus agamanya, Teman ini akan memerhatikan segala tingkah lakunya. Apa yang dibenci dari kelakuan, perbuatan atau keaiban-keaibannya diingatkannya. Cara beginilah yang biasa dilakukan oleh orang-orang bijak pandai dari pemuka-pemuka agama.

(more…)

Wanita dimurkai Allah..

Duhai wanita..

Dipetik dari Puteri Nuur Afiqah

Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Beba…s menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah. (more…)

Jauhilah Sikap Sombong

Salah satu tujuan diutusnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.” (HR. Ahmad 2/381. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahwa hadits ini shahih)

(more…)

MUTIARA IMAN: JANGAN TAMAK & PANJANG ANGAN-ANGAN

Daripada Anas Bin Malik berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan.” ( Riwayat Bukhari ) (more…)

Mudahnya MENGELUH.. Sukarnya BERSYUKUR..

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. (more…)

Page 1 of 10123456»...Last »
Subscribe

Sila isikan nama & email di kotak di bawah

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Our Biznes



Quality Water For Everyone

Free choice for drinking of water type ~ Reverse Osmosis
~ Mineral Water
~ Alkalian Water
~ Distill Water
We specialise in Sales, Service and Repair of all kind of water filtration system

Water Dispenser, Direct Pipe In System, All Part Accessories for water dispenser & water filter, 220ml/500ml/1500ml, RO System, Bio Energy System, Master Filter, AUTOMATIC DRINKING WATER SERIES, Rocket Filter, Undersink Water Filter, Alkalian System, STAINLESS AUTOMATIC SYSTEM & FRP outdoor filter

For any question, please contact us! 0163632891/0132981823

Find us on Facebook

Sponser

NetworkedBlogs

Peminat Setia

UserOnline