Hinanya Islam Di Malaysia

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, ‘Hang nak ikut ugama apa?’….Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama – maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di’tiada’ kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

(more…)

MUTIARA IMAN: JANGAN TAMAK & PANJANG ANGAN-ANGAN

Daripada Anas Bin Malik berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan.” ( Riwayat Bukhari ) (more…)

Mudahnya MENGELUH.. Sukarnya BERSYUKUR..

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. (more…)

Doa Yang Menolak Zina

Posted By Abu Saif On 13/05/2010 (2:50 pm) In ATN4

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.

Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.

Solat.

Doa.

Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:

“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat  itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]

Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek  cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.

(more…)

Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

Artikel ini saya sebarkan disebabkan hari2 sy menerima email, gambar2 saya ditanda @ di tag untuk promosikan Login Facebook Dapat RM 100
. Mungkin mereka2 ini tidak peham atau sengaja tidak mahu memahaminya bahawa perkara ini mengandungi keraguan  halalnya. Nak tambahkan pendapatan pun bukan sengaja tidak mempedulikan perkara halal haram. Makan duit hasil daripada pendapatan dari halal keraguannya. Saya bimbang tentang perkara ini. Saya nak selamat di dunia dan akhirat. Kalau selamat di dunia pun belum tentu selamat di akhirat. Dunia ni hanya pinjaman kepada kita sahaja. Hari ini dan semalam kita mungkin menikmati segala keindahan duniawi.. esok belum tentu lagi.. saya harap artikel ini dapat memberi rujukan kepada semua.

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

infinity3.jpg

(more…)

Page 1 of 6123456»
Subscribe

Sila isikan nama & email di kotak di bawah

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Our Biznes



Quality Water For Everyone

Free choice for drinking of water type ~ Reverse Osmosis
~ Mineral Water
~ Alkalian Water
~ Distill Water
We specialise in Sales, Service and Repair of all kind of water filtration system

Water Dispenser, Direct Pipe In System, All Part Accessories for water dispenser & water filter, 220ml/500ml/1500ml, RO System, Bio Energy System, Master Filter, AUTOMATIC DRINKING WATER SERIES, Rocket Filter, Undersink Water Filter, Alkalian System, STAINLESS AUTOMATIC SYSTEM & FRP outdoor filter

For any question, please contact us! 0163632891/0132981823

Find us on Facebook

Sponser

NetworkedBlogs

Peminat Setia

UserOnline