Wanita suci itu..untuk lelaki suci itu..

Wanita Suci,

Mungkin aku memang tak romantik, tapi siapa peduli..?

Kerana kau belum begitu mengenaliku.

Bagiku kau seorang yang sempurna, tidak mampu aku samakan dengan yang terindah sekalipun.

Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.

Bagiku dirimu adalah salah satu dari semua itu.

Wanita Suci,

Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh.

Kerana akan membuatku mengingatmu

Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu

Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku

Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur

Kerana dirimu sesungguhnya terlalu suci

Read More

Melembutkan Hati Yang Membatu

Memang susah nak lembutkan hati yang sudah keras seperti batu bak kata pepatah ‘nak lenturkankan buluh biarlah dari rebungnya‘. Sueella sedang mengumpulkan petikan email2 pilihan Sueella untuk dimuatkan di blog ini. Moga apa yang dimuatkan di sini bermanfaat untuk tatapan bersama.

“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya ( hidayat petunjuk ) dari Tuhannya, ( sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan )? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Read More

Menggapai Petunjuk Ilahi

Secara rohani, petunjuk Tuhan (hidayah) dapat dipandang sebagai pangkal dari semua kebaikan. Manusia tidak mungkin menggapai kebaikan-kebaikan dalam hidupnya tanpa petunjuk dari Allah. Firman-Nya;

“…..Tuhan kami adalah Allah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kepadanya, kemudian memberinya petunjuk. “

QS Taha : 50

Menurut ulama besar Syekh Muhammad Abduh, petunjuk Allah itu mencakupi empat macam, iaitu petunjuk instinct atau naluri (hidayat al-wujdan), petunjuk pancaindera (hidayat al-hawas), petunjuk akal fikiran (hidayat al-’aql), dan petunjuk agama (hidayat al-din).

Read More

Menggapai Ketenangan Hati

Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu. Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan  zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia? Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia? Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan? Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut? Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia.

Read More

Web Lucah Perlu Disekat Sebagaimana Pelaburan Haram

( Artikel ini  dterbitkan di Akhbar Metro Ahad, 24 Jun 2007)

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Petikan-petikan berita metro dan lain-lain berkaitan aktiviti terkutuk, cabul dan seks yang dilakukan oleh rakyat Malaysia cukup membimbangkan. Ia datang dari pelbagai jenis kumpulan, tua, muda mat rempit, muda pelajar sekolah, muda mahasiswa dan pelbagai lagi. Belum lagi dicampur dengan pelbagai pengakuan dan permintaan nasihat oleh individu yang terlibat kepada saya melalui email saya dan web saya (http://www.zaharuddin.net/).

Read More