Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki

Sumber : zaharuddin.net

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Read More

Betapa istimewanya.. wanita

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Read More

Sesat dalam cahaya.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “perkara yg halal itu nyata, dan perkara yg haram itu nyata dan di antara keduanya perkara2 yg syubhat…” (H.R. Al-Bukhari)

Dalam menjalani kehidupan seharian pastinya kita akan menemui tiga perkara; yang di antaranya perkara2 yang halal, (mudah2an kita sentiasa melakukannya) perkara2 yang haram, (semoga kita sentiasa menjauhi laranganNya) dan yang terakhir perkara2 yang syubhat. (suatu yang apabila kita melakukannya berkemungkinan besar akan terjerumus kepada melakukan perkara yang haram) dan setiap daripadanya mempunyai tarikan dan cabaran kepada diri kita untuk melakukannya.

Read More

Pesanan yang kian dilupakan..

Bismillahirrahmanirrahim…
Berlalunya masa yang agak panjang, setelah pemergian junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. sejarah gemilang di zaman pemerintahan. dialah khalifah, dialah penyelamat.. di kala manusia dalam kegelapan malam, dialah mentari yang terbit dengan cahaya menyinari seluruh alam. namun kini, seolah malam kembali dan akan menyelubungi dengan kegelapan. mungkinkah lumrah alam, atau sebaliknya..

Terciptanya manusia dengan akal dan fikiran.
Yang bisa mencipta, dan bisa merubah sesuatu.

Kejadian yang cacat boleh disempurnakan, kejadian yang hodoh ditukar menjadi cantik. namun begitu, kebijaksanaan akal tidak sekali2 boleh mengubah hukum yang haram menjadi halal dan sebaliknya.. tapi, kehendak nafsu dan dorongan syaitan mengatasi segalanya.

Read More