“Untuk membina kreadibiliti diri, anda tak perlu menceritakan hal peribadi.. rumah tangga pasangan suami isteri”
Kadang kala saya lihat status-status mereka yang selalu menceritakan hal peribadi pasangan masing-masing. Tak kira samaada perkara itu baik atau tidak. Saya rasa kurang selesa dengan situasi itu sebenarnya.. Pendapat anda bagaimana?
Menceritakan keburukan pasangan masing-masing samalah ‘mengumpat’ menyebarkan keaiban diri pasangan masing-masing. Apa yang saya bimbangkan jika hal yang diceritakan itu, akan memusnahkan intitusi kebahagian rumah tangga yang dibina bertahun tahun-tahun lamanya. Diingatkan bahawa membuka keaiban diri sendiri atau hal pasangan masing-masing adalah larangan keras dari Allah S.W.T. dan mengundang kemurkaan-Nya. Bila timbunya kemurkaan Allah S.W.T maka dikuatiri Allah turunkan bala kepadanya. Tak henti-henti beliau diuji dengan bermacam masalah. Balasan keranaselalu menyusahkan orang lain.
Ketahuilah bahawasanya Allah Azzawajalla, bila menghendaki bagi hambaNya sesuatu kebaikan, terlebih dulu dinampakkan kepadanya keaiban-keaiban diri sendiri. Maka barangsiapa bashirahnya (matahatinya) terbuka, tidak akan terlindunglah segala keaiban dirinya. Jika ia telah mengetahui keaiban diri, mudahlah ia mencari ubatnya. Akan tetapi kebanyakan orang tiada nampak keaiban diri sendiri. Dia boleh nampak debu yang kecil di mata orang lain, tetapi pohon di hadapan mata sendiri tiada dilihatnya.
Jadi barangsiapa yang ingin mengenal atau mengetahui keaiban-keaiban diri sendiri, maka di sini disediakan empat cara:
Cara pertama: Hendaklah ia duduk dengan seorang Syaikh (Guru) yang terang matahatinya. Guru itu boleh mengetahui keaiban-keaiban diri, dan dapat menyingkap apa-apa yang bersarang di dalam hati dari berbagai-bagai noda dan penyakit, lalu ia pun menurut petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh guru itu dalam perjuangan menolak bahaya-bahaya itu. Inilah caranya seorang murid dengan gurunya, iaitu guru akan memberitahukan kepadanya segala keaiban-keaiban dirinya dan ditunjukkan pula cara-cara mengubatinya.
Cara kedua: Hendaklah ia mencari seorang teman karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lurus agamanya, Teman ini akan memerhatikan segala tingkah lakunya. Apa yang dibenci dari kelakuan, perbuatan atau keaiban-keaibannya diingatkannya. Cara beginilah yang biasa dilakukan oleh orang-orang bijak pandai dari pemuka-pemuka agama.









Comment